Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2022

Anwar Ibrahim, Berhentinya Penantian.

Imej
      Anwar Ibrahim lahir pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anwar dilahirkan di dalam suasana politik memandangkan kedua ibu dan bapanya merupakan tokoh dalam UMNO. Beliau merupakan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (1960-1966) sebelum selanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Pengajian Melayu Sastera di Universiti Malaya. Anwar dan Tun Mahathir bersama-sama memimpin persatuan pelajar dalam usaha mendesak kerajaan untuk menjaga kepentingan hak orang Melayu dan orang Islam semasa peristiwa berdarah pada 13 Mei.  Anwar telah menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM dan telah menjadi presiden dari tahun 1972 hingga 1982. Beliau dan para aktivis ABIM telah menubuhkan Yayasan Anda Akademik bagi membolehkan rakyat yang tersisih meneruskan pendidikan.       Semasa berumur 27 tahun, Anwar telah dipenjarakan selama 20 bulan di bawah akta keselamatan dalam negeri, ISA kerana demonstrasi jalanan yang melibatkan seramai 5000 o