Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2022

Kritikan Berasas Atau Hanya Naratif Sendiri?

Imej
          Gila, tajuk lagu nyanyian Kaka Azraff, Loca B dan Noki telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-35 pada tahun 2021. Lagu ini ialah salah satu daripada sedikit lagu bergenre hip-hop  yang berjaya menambat hati juri dan sekali gus dinobatkan sebagai juara. Setelah lagu ini diumumkan sebagai juara, pelbagai reaksi telah diberikan dan banyak reaksi negatif telah diberikan oleh majoriti orang yang kononnya peminat muzik tanah air.     Sebagai pencinta sastera, saya tidak terkejut dengan kemenangan lagu ini mahupun reaksi yang diberikan. Seorang pencinta sastera seperti saya amat menitikberatkan penulisan lirik dalam sesebuah lagu dan lpenulisan irik dalam lagu ini sangatlah baik dibandingkan dengan lagu lain yang bertanding pada waktu itu kerana kebanyakan lagu yang bertanding telah membawa tema yang sama iaitu cinta dan patah hati. Walaupun ada yang membawa tema yang berlainan daripada yang disebut, ia juga datang daripada genre hip-hop  iaitu lagu 'Eh' nyanyian Zizi Kirana

Pemuja Parti Politik

Imej
12 Oktober 2022           Sejarah telah tercipta apabila mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-9, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah berucap di persidangan PBB menggunakan Bahasa Melayu. Ironinya, kali terakhir Bahasa Melayu dituturkan di persidangan tersebut adalah pada tahun 1957 juga daripada seseorang yang bernama 'Ismail'. Beliau ialah Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang merupakan duta pertama Malaysia ke Amerika Syarikat dan PBB.    Sebagai seorang yang mencintai bahasa Kebangsaan ini, saya sebagai rakyat Malaysia amat berbangga dengan usaha yang cuba dilakukan oleh beliau. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pihak di luar sana yang seolah-olah memperkecilkan usaha beliau dengan menganggap beliau hanya 'syok sendiri' kerana pemimpin yang hadir ketika perhimpunan itu tidak memahami apa yang disampaikannya. Lebih teruk lagi, ada juga yang menjadikan adegan beliau tidak dapat membuka penutup botol air sebagai bahan jenaka untuk menjatuhkan imejnya dikala o