Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2022

Pasca PRU 15

Imej
      Pada 19 November 2022, rakyat Malaysia telah menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi. Berdasarkan data yang diperoleh Berita Harian, untuk jam 4 petang pada 19 November, seramai 70% daripada rakyat Malaysia telah keluar mengundi. Diharapkan angka tersebut bukanlah angka muktamad apabila data yang terbaharu keluar untuk keputusan keluar mengundi keseluruhan.     Bagi keputusan Pilihan Raya Umum pula,  Pakatan Harapan telah tampil unggul dengan memenangi 82 kerusi diikuti oleh Perikatan Nasional sebanyak 73 kerusi. Keputusan yang seperti dijangka ditunjukkan oleh parti Gerakan Tanah Air apabila tiada kerusi berjaya diperoleh untuk pilihan raya pertama mereka manakala keputusan mengejutkan diraih oleh Barisan Nasional kerana PRU-15 menjadi detik bersejarah buat mereka apabila parti itu tidak lagi menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia selepas mereka hanya berjaya memenangi 30 kerusi berbanding semasa PRU-14 iaitu sebanyak 79 kerusi. Berlakunya perkara ini disebabkan imej

Bahang PRU

Imej
      Ketika penulisan ini dikarang, hanya tinggal 5 hari sahaja sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan. Kempen dari tiga parti politik utama sedang rancak dijalankan. Rakyat juga masih ada lagi yang belum nekad dengan keputusan masing-masing untuk memilih parti yang mana bagi menerajui negara untuk tempoh 5 tahun akan datang. Setelah membuat penelitian, penulis dapat membuat satu kesimpulan terhadap tiga calon utama Perdana Menteri.     Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob ialah Perdana Menteri yang kesembilan Malaysia. Walaupun tidak sampai sepenggal Malaysia dibawah pemerintahannya, banyak yang dapat kita nilai daripada aspek kewibawaannya mentadbir negara. Secara keseluruhan, beliau tidak berjaya meletakkan Malaysia pada keadaan yang terbaik selepas kemelut wabak covid-19 melanda negara. Ekonomi Malaysia merudum sehingga banyak barangan keperluan yang perlu dinaikkan harganya seperti ayam dan telur. Banyak tindakan yang diambil hasil daripada arahan Presiden UMNO iaitu Dato' Ser

Ulasan Siri: After Life

Imej
     After Life mengisahkan seorang lelaki pertengahan umur yang bekerja di sebuah syarikat penerbitan akhbar bernama Tony Johnson yang kematian isterinya akibat kanser. Sebelum meninggal dunia, isterinya Lisa telah merakamkan beberapa video agar suaminya dapat menonton video-video tersebut setelah dia meninggal dunia. Tony akan menonton video yang dirakam oleh isterinya itu setiap malam sebelum dia tidur. Selepas kematian isterinya, Tony mengambil langkah untuk tidak mempedulikan perasaan sesiapa dan hanya menjalankan kehidupan seharian dengan kekosongan. Dia tidak kisah lagi jika dia akan mengguriskan perasaan sesiapa kerana dia beranggapan hidupnya tiada makna lagi dan dia telah kehilangan sebab untuk terus hidup.      Siri ini bertemakan kekosongan yang dirasai seseorang setelah seseorang yang betul-betul disayanginya meninggal dunia.  Siri ini mempunyai tiga musim dan untuk pengenalan dalam musim pertama, siri ini telah memperkenalkan satu watak yang bernama Sandy. Sandy merupakan