Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2023

Terima Kasih.

Imej
       Alhamdulillah, semester 1 bagi sesi 2022/2023 telah melabuhkan tirainya. Pelbagai kisah suka dan duka penulis telah hadapi dalam tempoh 14 minggu ini. Terima kasih kepada tenaga pengajar yang telah mencurahkan segala ilmu. Penulis juga ingin mendedikasikan penulisan ini kepada seluruh rakan sekelas kerana selama 14 minggu ini telah mewarnai kanvas hidup penulis yang dahulunya putih tetapi kini penuh dengan pelbagai corak.           Banyak juga pengalaman baharu yang telah diperoleh penulis sepanjang 14 mingggu ini daripada penulisan cerpen hinggalah kepada pementasan teater. Walaupun pementasan berskala kecil namun, pengalaman tersebut amatlah berharga dan penulis amat berbangga dengan rakan-rakan yang terlibat serta turut berkeringat dalam usaha untuk menjayakan pementasan tersebut.      Akhir sekali, penulis ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin terasa hati sepanjang 14 minggu ini terutamanya kepada para pensyarah. Kalau ada jarum yang patah Jangan disimpan di

Alaska, Negeri Yang Dijual.

Imej
     Alaska ialah salah satu daripada 50 buah negeri di Amerika Syarikat. Namun, hakikatnya pada suatu ketika dahulu Alaska merupakan tanah jajahan milik Rusia tetapi setelah mengambil kira beberapa faktir, Alaska telah dijual kepada Amerika Syarikat. Pembelian Alaska pada tahun 1867 menandakan berakhirnya usaha Rusia untuk memperluaskan perdagangan dan penempatan mereka ke Pantai Pasifik Amerika Utara. Pembelian ini juga sekaligus menjadi langkah penting dalam menaikkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar di rantau Asia Pasifik. Pembelian ini juga memperlihatkan Amerika Syarikat berjaya meraih keuntungan lebih 1000 kali ganda daripada jumlah pembelian Alaska iaitu 7.2 juta USD melalui hasil perlombongan emas dan sumber aslinya.     Pendudukan pihak Rusia di Alaskan bermula apabila Grigory Ivanorich Shelikhow bersama syarikatnya Shelikhow-Goligov Company tiba di Pulau Kodiak pada tahun 1784. Syarikatnya menjalankan perniagaan penjualan kulit binatang. Menjelang 1788, penempatan tetap

Imbas Kembali: Tragedi Feri MV Sewol

Imej
      Pada 16 April 2014, Korea Selatan dikejutkan dengan satu peristiwa yang amat meruntun jiwa. Tiada siapa yang menyangka bahawa sebuah kapal sarat dengan penumpang telah karam dan menyebabkan 299 orang meninggal dunia, 5 orang hilang dan hanya 172 mangsa terselamat. Lebih memilukan lagi, kebanyakan mangsa korban terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Tragedi ini menjadi episod duka buat negara Korea Selatan kerana melibatkan jumlah mangsa yang amat besar. Perasaan sedih, kecewa dan marah menghantui hidup rakyat terutamanya waris kepada mangsa yang terkorban. Mereka telah menuntut keadilan sewajarnya buat mangsa-mangsa yang terkorban malah kerajaan juga didesak untuk mengenakan hukuman yang setimpal terhadap pihak-pihak yang terlibat.      MV Sewol mula dibina pada tahun 1994, oleh sebuah syarikat yang berpengkalan di Jepun. Pada mulanya kapal ini diberi nama Naminoue namun telah ditukarkan kepada MV Sewol pada tahun 2012 oleh syarikat Chonghajejin Marine. MV Sewol telah beberapa

Imam Ghazali, Penyelamat Pada Zamannya.

Imej
       Imam Ghazali hidup ketika zaman kejatuhan dunia Islam. Penganut Batiniyyah yang telah memudaratkan kerajaan Islam terus menerus menyerang Kerajaan Abbasiyah yang merupakan kubu terakhir buat kerajaan Islam pada masa itu. Walau bagaimanapun, pada masa itu semua puak di Turki sudah mula memeluk Islam dan Empayar Seljuq telah berjaya mematahkan niat jahat Batiniyyah. Kemudiannya, penganut Batiniyyah mula menyebarkan penipuan dan ajaran sesat kepada masyarakat. Hal yang demikian telah menyebabkan kegusaran dalam kalangan ulama kerana penipuan yang disebarkan dikuatiri akan menggoyahkan kepercayaan orang-orang Islam. Pada waktu ini, dunia Islam amat memerlukan penyelamat. Seseorang yang mampu mematahkan segala penipuan ini dengan yang hujah-hujah bernas berlandaskan ajaran agama Islam yang sebenar.           Imam Ghazali lahir di sebuah bandar di Iran iaitu Tus. Beliau kemudiannya berhijrah ke sebuah bandar yang lain iaitu Gorgan untuk mendapatkan pelajaran. Selepas 5 tahun di sana,

Duan Nago Bogho

Imej
  Tema: Mengisahkan Duan, seorang pemain Makyung tersohor yang dihalau oleh ibu bapanya ke Kuala Lumpur kerana dianggap ingin merosakkan seni Makyung selepas bergaduh dengan penonton semasa bermain Makyung. Watak perwatakan:  Duan:  Seorang pemain Makyung yang berpengalaman dan juga handal dalam berlawan. Awi: Sahabat lama Duan yang memberikan kerja dan tempat tinggal kepada Duan. Nulik: Kenalan lama Duan tetapi seorang yang turut terlibat dalam dunia gangsterisme apabila berpindah ke Kuala Lumpur. Jimmy: Seorang yang berasal dari kelantan dan sudah lama menetap di Kuala Lumpur. Nancy: Anak kepada Jimmy dan mendapat pelajaran dari sebuah universiti di Bangkok. Pulang untuk membuat kajian yang lebih mendalam terhadap seni Makyung. Low: Bapa saudara kepada Nancy. Pok Su Ki: Seorang yang dianggap sebagai "payung" kepada orang-orang kelantan di Kuala Lumpur. Fendi: Seorang gangster yang yang mahu membunuh Nancy kerana hanya Nancy yang mempunyai bukti tentang kes pembunuhan yang d

Taj Mahal, Lambang Cinta Agung.

Imej
     Taj Mahal yang terletak di negara India bukanlah sekadar sebuah bangunan semata-mata tetapi merupakan lambang cinta agung yang diabdikan selama bertahun-tahun dan tersimpan seribu satu rahsia. Taj Mahal merupakan salah satu bangunan yang unik sehingga dikategorikan sebagai tujuh keajaiban dunia. Bangunan ini merupakan binaan yang ditaja penuh oleh Maharaja Mughal, Shahabuddin Muhammad Shah Jahan iaitu lelaki yang dianggap oleh sejarawan sebagai Maharaja Mughal yang paling berkuasa.    Pembinaan Taj Mahal merupakan bangunan yang dibina oleh Shah Jahan sebagai tanda untuk memperingati isterinya, Mumtaz Mahal yang meninggal dunia akibat komplikasi ketika melahirkan anak ke-14 mereka, Gauhara Begum. Bangunan yang tersergam indah ini merupakan inspirasi daripada ketinggian cinta Shah Jahan terhadap isterinya itu. Walau bagaimanapun, ketaksuban Shah Jahan terhadap binaan ini telah memberi tekanan besar kepada kedudukan kewangan Empayar Mughal yang seterusnya membawa kepada kejatuhan emp

Dato' Sani, Jutawan Bas Ekspres.

Imej
     Bas ekspres merupakan sejenis pengangkutan awam yang paling popular dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana kosnya yang rendah dalam melakukan perjalanan yang jauh. Semasa wabak korona-19 melanda, banyak perusahaan bas yang terkesan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilakukan bagi menghalang penularan wabak tersebut. Namun, terdapat juga syarikat bas yang berjaya mengharungi badai tersebut dan salah satu syarikat tersebut ialah syarikat bas Sani Express.      Dato' Wan Mohammad Sani bin Salleh berasal daripada Kuala Terengganu dan merupakan pengasas yang juga pengerusi Syarikat Sani United Berhad. Setelah tamat persekolahan, beliau mengambil keputusan yang berani dengan melangkah keluar dari kampungnya dan pergi ke Kuala Lumpur. Pekerjaan pertamanya adalah sebagai Pembantu Am yang ditugaskan untuk menguruskan mesin borang tander. Pada tahun 1994, beliau ditugaskan sebagai penghantar surat dan pada titik itulah beliau mula berjinak-jinak dengan kehidupan di luar pej

2022, Tahun Gemilang Buat Harimau Malaya.

Imej
          Pada 14 Jun 2022,  pasukan Harimau Malaya telah mengesahkan kedudukan mereka bersama-sama 23 lagi negara Asia elit yang lain untuk bertanding dalam Piala Asia pada tahun 2023. Kemaraan pasukan negara adalah hasil daripada menduduki tempat kedua dalam kumpulan selepas berjaya mengumpul 6 mata daripada 9 mata yang ditawarkan. 6 mata tersebut berjaya diperolehi daripada kemenangan ke atas pasukan Tajikistan dan Bangladesh dan tercicir lagi 3 mata di tangan pasukan Bahrain selepas tewas tipis dengan skor 1-2. Skuad kendalian Kim Pan Gon telah melakar sejarah apabila berjaya melayakkan diri ke Piala Asia secara merit selepas kali terakhir pasukan negara layak ke kejohanan berprestij itu secara merit pada tahun 1980. Semua ini bertitik tolak daripada pelantikan ketua jurulatih yang baharu dari Korea Selatan iaitu Kim Pan Gon.      Kim Pan Gon telah dilantik sebagai ketua jurulatih bagi skuad bola sepak lelaki negara pada 21 Januari 2022 sejurus pemecatan ketua jurulatih terdahulu,