Dato' Sani, Jutawan Bas Ekspres.



     Bas ekspres merupakan sejenis pengangkutan awam yang paling popular dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana kosnya yang rendah dalam melakukan perjalanan yang jauh. Semasa wabak korona-19 melanda, banyak perusahaan bas yang terkesan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilakukan bagi menghalang penularan wabak tersebut. Namun, terdapat juga syarikat bas yang berjaya mengharungi badai tersebut dan salah satu syarikat tersebut ialah syarikat bas Sani Express. 

    Dato' Wan Mohammad Sani bin Salleh berasal daripada Kuala Terengganu dan merupakan pengasas yang juga pengerusi Syarikat Sani United Berhad. Setelah tamat persekolahan, beliau mengambil keputusan yang berani dengan melangkah keluar dari kampungnya dan pergi ke Kuala Lumpur. Pekerjaan pertamanya adalah sebagai Pembantu Am yang ditugaskan untuk menguruskan mesin borang tander. Pada tahun 1994, beliau ditugaskan sebagai penghantar surat dan pada titik itulah beliau mula berjinak-jinak dengan kehidupan di luar pejabat dan mempelajari selok-belok laluan di ibu kota Kuala Lumpur. Pada tahun 1985, beliau telah mengambil keputusan untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang lakonan. Pada tahun 1998, kegawatan ekonomi telah melanda dunia dan menyebabkan banyak stesen televisyen swasta pada masa itu turut terjejas sekali gus memberikan beberapa impak negatif kepada produksi penerbitan. Pada tahun 1999, beliau mengambil keputusan untuk menubuhkan kunpulan dengan nama Impression yang terdiri daripada dirinya, Norman Hakim dan juga Eizlan Yusof dan bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music. Walau bagaimanapun, kumpulan itu terpaksa dibubarkan pada tahun 2000 kerana ketiadaan modal untuk meneruskan rakaman lagu. Dato' Sani akhirnya mengundurkan diri daripada bidang seni lalu mula menjinakkan diri dalam dunia pasaran saham. Hasil daripada pelaburannya, beliau telah berjaya memperolehi keuntungan sebanyak RM1 juta semasa berusia 24 tahun. Namun, serangan pengganas terhadap bangunan WTC di Amerika Syarikat telah menyebabkan pasaran saham dunia jatuh merudum. Dato' Sani yang telah melaburkan hampir keseluruhan wangnya ke pasaran saham, telah kehilangan hampir kesemuanya serta hampir muflis. Wang hasil daripada lelongan rumahnya oleh pihak bank digunakan beliau untuk pulang ke kampung dan di sana, beliau telah membuka sebuah bengkel kenderaan. Pada tahun 2003, dalam usahanya untuk mendapatkan kontrak penyelenggaraan kenderaan, beliau telah menubuhkan syarikat yang diberi nama Syarikat Sani United Sdn. Bhd. Beliau kemudiannya telah berjaya meningkatkan nilai pendapatan syarikat daripada RM15,000 sebulan kepada RM160,000 sebulan. Selepas syarikatnya dilihat semakin stabil, Dato' Sani kembali berhijrah ke Kuala Lumpur dengan niat untuk menubuhkan sebuah syarikat bas. Berbekalkan konsep yang menarik iaitu sistem teknologi dan juga rekabentuk terkini, beliau berjaya menarik dua orang rakan kongsi sekali gus dapat meneruskan rancangannya. Namun, selepas permohonan lesen perniagaan bas ekspress ditolak sebanyak dua kali, dua orang rakan kongsinya itu tadi telah menarik diri kerana beranggapan syarikat itu tidak mempunyai masa hadapan yang cerah. Dato' Sani telah membuat permohonan untuk kali ketiga setelah beliau menambah baik kertas kerjanya dan akhirnya, beliau telah mendapat kelulusan untuk mengendalikan perusahaan bas ekspres. Bermula pada saat itulah syarikat Sani Express mula beroperasi iaitu pada awal Januari 2006. Sani United telah mengembangkan empayarnya dalam bidang perhotelan dan dalam bidang pengangkutan, ia tidak terbatas kepada bas sahaja malahan ada juga feri dan terminal. 

    Figura seperti Dato' Sani perlu dicontohi kerana sikapnya yang tidak kenal lelah dalam usaha untuk  merealisasikan impiannya. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alaska, Negeri Yang Dijual.

Imbas Kembali: Tragedi Feri MV Sewol

Taj Mahal, Lambang Cinta Agung.