Alaska, Negeri Yang Dijual.

    Alaska ialah salah satu daripada 50 buah negeri di Amerika Syarikat. Namun, hakikatnya pada suatu ketika dahulu Alaska merupakan tanah jajahan milik Rusia tetapi setelah mengambil kira beberapa faktir, Alaska telah dijual kepada Amerika Syarikat. Pembelian Alaska pada tahun 1867 menandakan berakhirnya usaha Rusia untuk memperluaskan perdagangan dan penempatan mereka ke Pantai Pasifik Amerika Utara. Pembelian ini juga sekaligus menjadi langkah penting dalam menaikkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar di rantau Asia Pasifik. Pembelian ini juga memperlihatkan Amerika Syarikat berjaya meraih keuntungan lebih 1000 kali ganda daripada jumlah pembelian Alaska iaitu 7.2 juta USD melalui hasil perlombongan emas dan sumber aslinya. 
  Pendudukan pihak Rusia di Alaskan bermula apabila Grigory Ivanorich Shelikhow bersama syarikatnya Shelikhow-Goligov Company tiba di Pulau Kodiak pada tahun 1784. Syarikatnya menjalankan perniagaan penjualan kulit binatang. Menjelang 1788, penempatan tetap orang Rusia yang dibina sudah mula berkembang di serata Alaska. Pada abad ke-19, Rusia-Alaska merupakan induk kepada perhubungan antarabangsa. Ibu kotanya menjadi tumpuan para pedagang yang menjual pelbagai jenis fabrik dan teh. Kapal dan kilang telah dibina dan sumber arang pula telah dilombongkan. Pedagang-pedagang Rusia juga dibawa ke Alaska demi industri kulit memerang daripada puak-puak asli Alaska dan gading anjing laut yang mempunyai nilai yang sama seperti gading gajah. 
    Walaupun Alaska merupakan sebuah kawasan yang luas, pihak Rusia akhirnya bersetuju untuk menjualnya kepada Amerika Syarikat atas beberapa sebab. Kos kewangan dan bantuan logistik ke atas Antartika menjadikannya satu liabiliti ke atas Rusia. Kerajaan Rusia yang berpengkalan di St. Petersburg kekurangan sumber kewangan untuk menyokong penempatan utama di Alaska. atau menyediakan pasukan ketenteraan di sepanjang pantai Pasifik di Amerika Utara. Tambahan pula, peneroka tetap Rusia di Alaska tidak pernah melebihi 400 orang malah kekalahan dalam Perang Krimea yang berlangsung dari tahun 1853 hingga 1856 juga menjadi punca yang mengurangkan minat Rusia di rantau ini. Rusia ketika itu sedang bergelut dengan hutang selepas perang dan penjualan Alaska ini sedikit sebanya dapat mengurangkan bebanan hutang yang mereka hadapi. Selain itu, walaupun pihak Rusia mempunyai hubungan yang baik dengan etnik Aleut di sana, pendudukan mereka di Alaska ditentang oleh etnik Tlingit sehingga berlaku banyak konflik dan serangan terhadap pihak Rusia. Fokus Rusia pada waktu itu ialah penguasaan ke atas negara-negara Asia dan ini menguatkan lagi alasan untuk menjual Alaska kepada Amerika Syarikat. Antara sebab lainnya ialah kesukaran untuk tinggal di sana dan kekurangan sumber semula jadi serta kegusaran yang Alaska akan dijajah dan dirampas oleh United Kingdom. 
      Disebabkan oleh beberapa faktor tadi, Rusia telah menawarkan Alaska untuk dijual kepada Amerika Syarikat pada tahun 1859. Urusan penjualan tanah seluas 1,518,800 persegi pada harga 7 juta USD dengan tambahan 200 ribu USD sebagai kos pentadbiran untuk pemindahan akhirnya diselesaikan pada tahun 1866. Pembelian tersebut menjadikan bayaran tanah Alaska dibeli dengan harga 2 sen USD bagi setiap ekar. Perjanjian tersebut telah disahkan oleh Senat Amerika Syarikat dan diisytiharkan oleh Presiden Amerika Syarikat ke-17, Andrew Johnson pada tahun 1867. Walau bagaimanapun, selepas tiga dekad dari tarikh pembelian Alaska, Amerika Syarikat dilihat tidak memberi perhatian kepada negeri tersebut sehinggakan ada yang menganggap perjanjian pembelian itu sebagai "kebodohan Streward". Akhirnya, pada tahun 1984, sebuah jawatan kuasa kerajaan ditubuhkan untuk mentadbir Alaska setelah kawasan tersebut diiktiraf sebagai sebuah daerah. Pada 3 Januari 1959, Alaska akhirnya diangkat dan diiktiraf sebagai sebuah negeri yang ke-49 dalam kesatuan negara Amerika Syarikat. 
        Kesimpulannya, pembelian Alaska oleh Amerika Syarikat sebenarnya memberikan banyak kelebihan kepada negara itu. Hal yang demikian adalah kerana Alaska telah pun didapati mempunyai banyak sumber asli dan dianggatkan mampu memberikan keuntungan sebanyak 40 bilion USD atau lebih. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Imbas Kembali: Tragedi Feri MV Sewol