Terima Kasih.

 



    Alhamdulillah, semester 1 bagi sesi 2022/2023 telah melabuhkan tirainya. Pelbagai kisah suka dan duka penulis telah hadapi dalam tempoh 14 minggu ini. Terima kasih kepada tenaga pengajar yang telah mencurahkan segala ilmu. Penulis juga ingin mendedikasikan penulisan ini kepada seluruh rakan sekelas kerana selama 14 minggu ini telah mewarnai kanvas hidup penulis yang dahulunya putih tetapi kini penuh dengan pelbagai corak.
    



    Banyak juga pengalaman baharu yang telah diperoleh penulis sepanjang 14 mingggu ini daripada penulisan cerpen hinggalah kepada pementasan teater. Walaupun pementasan berskala kecil namun, pengalaman tersebut amatlah berharga dan penulis amat berbangga dengan rakan-rakan yang terlibat serta turut berkeringat dalam usaha untuk menjayakan pementasan tersebut.

    Akhir sekali, penulis ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin terasa hati sepanjang 14 minggu ini terutamanya kepada para pensyarah.

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada kata yang salah
Jangan disimpan di dalam hati

Kalau ada sumur di ladang 
Boleh kita menumpang mandi 
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.

Terima kasih.
Yang benar, Arjuna Kata.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alaska, Negeri Yang Dijual.

Imbas Kembali: Tragedi Feri MV Sewol

Taj Mahal, Lambang Cinta Agung.