Imbas Kembali: Tragedi Feri MV Sewol

 

    Pada 16 April 2014, Korea Selatan dikejutkan dengan satu peristiwa yang amat meruntun jiwa. Tiada siapa yang menyangka bahawa sebuah kapal sarat dengan penumpang telah karam dan menyebabkan 299 orang meninggal dunia, 5 orang hilang dan hanya 172 mangsa terselamat. Lebih memilukan lagi, kebanyakan mangsa korban terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Tragedi ini menjadi episod duka buat negara Korea Selatan kerana melibatkan jumlah mangsa yang amat besar. Perasaan sedih, kecewa dan marah menghantui hidup rakyat terutamanya waris kepada mangsa yang terkorban. Mereka telah menuntut keadilan sewajarnya buat mangsa-mangsa yang terkorban malah kerajaan juga didesak untuk mengenakan hukuman yang setimpal terhadap pihak-pihak yang terlibat. 
    MV Sewol mula dibina pada tahun 1994, oleh sebuah syarikat yang berpengkalan di Jepun. Pada mulanya kapal ini diberi nama Naminoue namun telah ditukarkan kepada MV Sewol pada tahun 2012 oleh syarikat Chonghajejin Marine. MV Sewol telah beberapa kali melalui proses pengubahsuaian dan pengubahsuaian terakhir dapat menempatkan sehingga 921 penumpang beserta muatan kargo seberat 6,825 tan. Semenjak 15 Mac 2013, MV Sewol melakukan pelayaran 3 kali seminggu dari Incheon menuju ke Jeju dengan jarak perjalanan sehala sejauh 425 KM. Kapal ini mencatatkan perjalanan sehala sebanyak 241 kali sehinggalah segalanya berakhir pada pagi 16 April 2014. 
    Pada 15 April 2012,  MV Sewol dijadualkan berlayar dari pelabuhan Incheon pada jam 6:30 petang. Namun sekitar 5:30 petang Vessel Trafic Service (VTS) telah mengeluarkan amaran jarak penglihatan terhad hingga menyebabkan pelayaran terpaksa ditunda. Setelah keadaan semakin pulih, amaran telah ditarik balik dan feri tersebut telah diberi kebenaran meninggalkan Incheon sekitar 9 malam. Semasa meninggalkan pelabuhan, kapal tersebut dicatatkan membawa penumpang seramai 476 orang dan muatan kargo seberat 2,142 tan. Daripada keseluruhan penumpang, 68% daripadanya terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Danwon. Perjalanan MV Sewol pada awalnya berada dalam keadaan baik ttanpa ada masalah. Namun situasi mula berubah apabila kapal menghampiri terusan Maenggol. Pada 8:49 pagi, 16 April 2014, Kapten kapal dilaporkan membelok ke arah kapal secara mengejut. Menurut saksi yang terselamat, terdapat bunyi dentuman yang sangat kuat ketika kapal sedang membelok dan selepas itu, kapal mula berada dalam keadaan tidak stabil. Menurut hasil siasatan yang dijalankan dentuman yang kuat berlaku disebabkan oleh kenderaan dan barangan kargo yang tidak diikat dengan kemas. Pada jam 8:52 pagi, salah seorang penumpang membuat panggilan kecemasan 119 dan disambungkan kepada pengawal pantai Mokpo. Selang 3 minit kemudian, kapten kapal pula membuat panggil kecemasan dan disambungkan kepada Jeju VTS. Selepas menerima panggilan kecemasan pihak berkuasa mengarahkan supaya kapten kapal dan penumpang kekal berada di tempat duduk masing-masing sementara menunggu bantuan tiba. Pada 8:58 pagi, pihak berkuasa menghantar kapal peronda untuk melihat situasi yang berlaku. Pada jam 9:14 pagi, kru kapal menghubungi Jindo VTS dan mengesahkan MV Sewol sedang tenggelam. 
    Pada 9:30 pagi barulah pihak berkuasa mengarahkan anak kapal dan penumpang meninggalkan kapal. Bot-bot nelayan pula diarahkan untuk mendekati MV Sewol dan mencampakkan seberapa banyak jaket kecemasan yang ada serta menyelamatkan mangsa yang terlibat. Walaupun arahan untuk meningggalkan kapa telah dikuatkuasakan, namun tidak semua penumpang berjaya melakukannya. Kapten kapal, Lee Jun Seok dan beberapa kru yang lain pada masa itu telah pun meninggalkan kapal dengan lebih awal dan berjaya menyelamatkan diri. Akhirnya, lebih banyak kematian dicatatkan dengan kebanyakan mangsa ditemui lemas akibat terperangkap di dalam kapal. 
        Ketika semua pihak bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang terlibat, keadaan MV Sewol semakin parah dan tenggelam dengan amat pantas. Pada 2:00 petang, feri tersebut kelihatan sudah tenggelam sepenuhnya dan hanya bahagian bawah kapal yang kelihatan. Dengan keadaan kapa yang sudah tenggelam sepenuhnya, usaha menjejaki mangsa giat dijalankan. Kejadian yang menimpa MV Sewol mendapat perhatian banyak pihak termasuklah Presiden Korea Selatan pada masa itu, Park geun Hye. Pada 17 April 2012, kapal sudah karam sepenuhnya. Walaupun terdapat beberapa usaha untuk menaikkannya, namun atas beberapa faktor usaha untuk menaikkan MV Sewol hanya menemui kegagalan. Hanya pada tahun 2017, kapal tersebut berjaya dinaikkan dari dasar laut dengan menelan kos sebanyak RM 333 juta. 
        Pada 19 April, 2014 kapten Lee Jun Seok telah ditahan atas tuduhan cuai semasa bertugas dan beberapa tuduhan lain. Dalam undang-undang Korea Selatan, seseorang kapten kapal hendaklah kekal di atas kapal semasa bencana berlaku namun, Lee Jun Seok bertindak sebaliknya. Sehinga 26 April 2014, 12 orang telah ditahan bagi membantu siasatan. Tangkapan bukan sahaja dilakukan terhadap kru kapal malah turut dilakukan terhadap pegawai eksekutif Chonghajejin, Kim Han Sik untuk membantu siasatan. Setelah melalui beberapa proses perbicaraan, akhirnya Lee Joon Seok didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. 
        Tragedi yang menimpa MV Sewol turut memberi kesa terhadap landskap politik di Korea Selatan. Presideng Park Geun Hye telah dipecat atas dasar tanggungjawabnya terhadap kegagalan operasi menyelamat mangsa hingga menyebabkan banyak kematian dan tela dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun. 
        Kesimpulannya, tragedi ini banyak memberi pengajaran terutamanya dari aspek pengurusan bencana dan sistem keselamatan. Setelah tragedi ini berlaku, pihak berkuasa Korea Selatan mengambil iktibar dengan mengetatkan lagi undang-undang dan pemantauan supaya insiden sepeti ini tidak berulang lagi. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alaska, Negeri Yang Dijual.

Taj Mahal, Lambang Cinta Agung.