Pasca PRU 15
Pada 19 November 2022, rakyat Malaysia telah menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi. Berdasarkan data yang diperoleh Berita Harian, untuk jam 4 petang pada 19 November, seramai 70% daripada rakyat Malaysia telah keluar mengundi. Diharapkan angka tersebut bukanlah angka muktamad apabila data yang terbaharu keluar untuk keputusan keluar mengundi keseluruhan. Bagi keputusan Pilihan Raya Umum pula, Pakatan Harapan telah tampil unggul dengan memenangi 82 kerusi diikuti oleh Perikatan Nasional sebanyak 73 kerusi. Keputusan yang seperti dijangka ditunjukkan oleh parti Gerakan Tanah Air apabila tiada kerusi berjaya diperoleh untuk pilihan raya pertama mereka manakala keputusan mengejutkan diraih oleh Barisan Nasional kerana PRU-15 menjadi detik bersejarah buat mereka apabila parti itu tidak lagi menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia selepas mereka hanya berjaya memenangi 30 kerusi berbanding semasa PRU-14 iaitu sebanyak 79 kerusi. Berlakunya perkara ini disebabkan imej